A. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah menetapkan penamaan calon bagi pemilihan kali ini bermula daripada tarikh 19 hingga 22 Disember 2011, dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.
B. Pihak SPR PMRAM membuka pencalonan tersebut kepada tiga (3) bentuk :
i. Pencalonan Presiden
- Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi borang A yang disediakan*.
ii. Pencalonan bagi Badan Pengurus
- Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli PMRAM sahaja dengan mengisi BORANG B yang disediakan*.
iii. Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI
- Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM siswi sahaja dengan mengisi BORANG C yang disediakan*.
* Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak.
C. Syarat-syarat pencalonan :
1. Setiap calon mestilah terdiri daripada ahli tetap PMRAM yang telah matang tempoh keahliannya sekurang-kurangnya 6 bulan untuk jawatan Presiden, Badan Pengurus, dan AJKT HEWI PMRAM.
2. Setiap pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
3. Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR PMRAM.
4. Setiap pencadang dan penyokong hendaklah terdiri daripada ahli PMRAM.
5. AJK SPR PMRAM tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.
6. Setiap calon mestilah berada di Mesir semasa pencalonan dibuat kecuali dengan sebab-sebab yangmunasabah dengan keizinan bertulis kepada Pengarah SPR PMRAM 2011.
7. Borang pencalonan mestilah bercop rasmi PMRAM.
8. Setiap pencalonan mestilah berserta dua keping gambar berukuran pasport dan satu salinan pasport dan visa terkini.
9. Tarikh pencalonan adalah pada 19 hingga 22 Disember 2011.
10. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 22 Disember 2011.
11. Setiap calon hendaklah hadir bersama pencadang dan penyokong ketika penyerahan borang.
12. Pencalonan ditolak setelah tamat waktu yang telah ditetapkan.
13. Setiap calon hanyalah dibenarkan bertanding untuk satu jawatan sahaja.
14. Setiap individu hanya dibenarkan menjadi pencadang sekali sahaja dan penyokong sekali sahaja bagi calon yang berlainan.
15. Setiap calon hendaklah menjelaskan Yuran tahunan PMRAM bagi sesi 2011.
16. Setiap borang pencalonan dijual dengan ketetapan berikut:-
- BORANG A : LE 30.00
- BORANG B : LE 25.00
- BORANG C : LE 25.00
17. Sebarang permasalahan mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM.
D. syarat-syarat kempen :
1. Tidak dibenarkan sama sekali :
i. Menggunakan sentimen kenegerian dalam kempen yang dijalankan.
ii. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau poster.
iii. Membeli undi dengan membuat apa-apa sogokan.
iv. Menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.
v. Menggunakan nama-nama pertubuhan, logo atau lambang parti politik di Mesir.
vi. Menggunakan sebarang logo atau perkara yang melambangkan parti politik yang dikenali di Malaysia.
vii. Menyentuh peribadi mana-mana calon yang bertanding
2. Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah dan akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM.
3. Kempen hanya dibenarkan selepas SPR mengumumkan calon yang akan bertanding.
4. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada calon yang melanggari syarat-syarat kempen yang telah ditetapkan tidak melebihi tiga kali kesalahan. Sekiranya melebihi tiga kali kesalahan pihak SPR berhak membatalkan pencalonan.
5. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak SPR adalah muktamad.
E. Syarat-syarat mengundi :
1. Tarikh pembuangan undi akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM.
2. Para pengundi hanya dibenarkan membuat undian sekali sahaja.
3. Pengundi mestilah memastikan namanya tercatat di meja pendaftaran sebelum permohonan untuk mengundi.
4. Undian dikira sah hanyalah undian yang dibuat pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak SPR masing-masing.
5. Pengundi mestilah mematuhi peraturan yang telah dan akan ditetapkan oleh SPR.
6. Pengundi siswa mestilah memilih seorang Presiden dan 9 orang Badan Pengurus sahaja.
7. Pengundi siswi mestilah memilih seorang Presiden, 9 orang Badan Pengurus, dan 10 orang AJKT HEWI.
8. Kertas undi mestilah bercop rasmi PMRAM.
9. Undi wakil adalah dibenarkan dengan syarat :-
i. Orang yang diwakilkan itu sakit atau dengan alasan munasabah yang diterima oleh pihak SPR.
ii. Setiap wakil hendaklah mengisi borang wakil yang disediakan beserta kad keahlian PMRAM.
10. Menjelaskan yuran keahlian PMRAM 2011.
11. Sebarang aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan mengisi borang aduan yang disediakan oleh SPR PMRAM.
12. Bagi melicinkan perjalanan pilihanraya ini sebarang masalah mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM.
F. Syarat-syarat bantahan :
1. Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan.
2. Setiap individu yang ngin membuat bantahan terhadap calon perlulah membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan dihadapan pegawai SPR.
3. Borang bantahan boleh didapati di bilik operasi SPR dengan harga LE 50.00.
4. Bantahan boleh dibuat pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
5. Setiap ahli yang ingin membuat bantahan hendaklah menjelaskan yuran keahlian PMRAM sesi 2011.
6. Setiap bantahan dilarang sama sekali menyentuh hal peribadi calon.
7. Borang yang tidak lengkap diisi tidak akan dilayan.
8. Sebarang keputusan daripada SPR adalah muktamad.
Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011