Pengenalan

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM adalah jawatankuasa khas yang ditugaskan untuk menguruskan pemilihan kepimpinan PMRAM yang baru dalam meneruskan kelangsungan PMRAM di Mesir ini.
Sejajar dengan konsep kebebasan bersuara,pihak PMRAM membuka seluas-luasnya kepada seluruh ahli PMRAM untuk memilih Badan Pengurus(BP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi 2012.

______________________________________

Wednesday, December 14, 2011

PENCALONAN KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

MAKLUMAN PENTING


UNTUK  SELURUH AHLI PMRAM


PENCALONAN KEPIMPINAN
BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan
Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM untuk tahun 2012. Kuota pencalonan dibuka untuk memilih seramai seorang Presiden,  9 orang Badan Pengurus dan  10 orang AJKT HEWI PMRAM.

Pencalonan akan dibuka bermula pada :
19 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011



Borang pencalonan boleh didapati di Bilik Operasi SPR PMRAM di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang (ikhwah) dan Syaqah 4, Rumah Kelantan Baru (akhawat). Bermula dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang dan hendaklah diserahkan kembali sebelum tarikh tutup pencalonan.
 
·         Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:


Ø  Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari (Pengarah SPR PMRAM 2011)  +20112 2240332

Ø  Saudari Sukeriah Binti Haron (Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011)  
       +20112 1207557


Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya  PMRAM 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...