Pengenalan

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM adalah jawatankuasa khas yang ditugaskan untuk menguruskan pemilihan kepimpinan PMRAM yang baru dalam meneruskan kelangsungan PMRAM di Mesir ini.
Sejajar dengan konsep kebebasan bersuara,pihak PMRAM membuka seluas-luasnya kepada seluruh ahli PMRAM untuk memilih Badan Pengurus(BP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi 2012.

______________________________________

Tuesday, December 13, 2011

Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM Berkuatkuasa Hari Ini

Pengarah SPR 2012, Mohammad Adly b. Mohammad Bokhari


KAHERAH, 13 Disember - Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011 (SPR PMRAM 2011) hari ini (semalam) mengumumkan bahawasanya, operasi SPR PMRAM 2011 bagi memilih kepimpinan Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) sesi 2012 telah berkuatkuasa mulai 12 Disember 2011.


Pengarahnya, Saudara Mohammad Adly b. Mohammad Bokhari menyatakan, tarikh berkuatkuasanya operasi SPR PMRAM adalah bermula pada 12 Disember 2011 setelah bermesyuarat untuk kali yang pertama. Beliau berkata lagi, untuk tarikh pembukaan bagi memilih pencalonan BP PMRAM dan HEWI PMRAM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan setiap makluman berkaitan SPR akan terus disalurkan di dalam web rasmi PMRAM.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2011, Saudara
Mohammad Adly b. Mohammad Bokhari, di talian +201122240332 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011, Saudari Sukeriah binti Haron, di talian +201121207557.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...