Pengenalan

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM adalah jawatankuasa khas yang ditugaskan untuk menguruskan pemilihan kepimpinan PMRAM yang baru dalam meneruskan kelangsungan PMRAM di Mesir ini.
Sejajar dengan konsep kebebasan bersuara,pihak PMRAM membuka seluas-luasnya kepada seluruh ahli PMRAM untuk memilih Badan Pengurus(BP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi 2012.

______________________________________

Monday, December 26, 2011

SEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 dengan ini mengisytiharkan semua calon Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2012 menang tanpa bertanding.

*klik pada gambar untuk lebih jelas



Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya  PMRAM 2011

Saturday, December 24, 2011

CALON BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

Sepanjang tempoh pencalonan nama bagi Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2012, pihak SPR PMRAM 2011 telah menerima pencalonan nama seperti berikut:


*klik pada gambar untuk lebih jelas



Sebarang bantahan terhadap calon boleh dilakukan di bilik operasi SPR PMRAM di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang (ikhwah) dan Syaqah 4, Rumah Kelantan Baru (akhawat). Bermula dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, 26 Disember 2011, Isnin.
 

·         Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:


Ø  Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari (Pengarah SPR PMRAM 2011)  +20112 2240332

Ø  Saudari Sukeriah Binti Haron (Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011)  
       +20112 1207557


Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya  PMRAM 2011

Friday, December 23, 2011

PENCALONAN KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012 MASIH DIBUKA

MAKLUMAN PENTING


UNTUK  SELURUH AHLI PMRAM


 MASIH DIBUKA PENCALONAN KEPIMPINAN
BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012


Pencalonan akan dibuka pada :
24 Disember 2011


Borang pencalonan boleh didapati di Bilik Operasi SPR PMRAM di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang (ikhwah) dan Syaqah 4, Rumah Kelantan Baru (akhawat). Bermula dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang dan hendaklah diserahkan kembali sebelum tarikh tutup pencalonan.
 
·         Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:


Ø  Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari (Pengarah SPR PMRAM 2011)  +20112 2240332

Ø  Saudari Sukeriah Binti Haron (Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2011)  
       +20112 1207557


Dikeluarkan oleh:
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya  PMRAM 2011

Wednesday, December 14, 2011

PENCALONAN KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

MAKLUMAN PENTING


UNTUK  SELURUH AHLI PMRAM


PENCALONAN KEPIMPINAN
BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM SESI 2012

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan
Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM untuk tahun 2012. Kuota pencalonan dibuka untuk memilih seramai seorang Presiden,  9 orang Badan Pengurus dan  10 orang AJKT HEWI PMRAM.

Pencalonan akan dibuka bermula pada :
19 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011

PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2011



A.     Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah menetapkan penamaan calon bagi pemilihan kali ini bermula daripada tarikh 19 hingga 22 Disember 2011, dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

B.     Pihak SPR PMRAM membuka pencalonan tersebut kepada tiga (3) bentuk :
i.      Pencalonan Presiden
-  Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi borang A yang disediakan*.

ii.     Pencalonan bagi Badan Pengurus
-  Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli PMRAM sahaja dengan mengisi BORANG B yang disediakan*.

iii.    Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI
-  Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM siswi sahaja dengan mengisi BORANG C yang disediakan*.

* Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak.

Tuesday, December 13, 2011

Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM Berkuatkuasa Hari Ini

Pengarah SPR 2012, Mohammad Adly b. Mohammad Bokhari


KAHERAH, 13 Disember - Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011 (SPR PMRAM 2011) hari ini (semalam) mengumumkan bahawasanya, operasi SPR PMRAM 2011 bagi memilih kepimpinan Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) sesi 2012 telah berkuatkuasa mulai 12 Disember 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...