Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM adalah jawatankuasa khas yang ditugaskan untuk menguruskan pemilihan kepimpinan PMRAM yang baru dalam meneruskan kelangsungan PMRAM di Mesir ini. Sejajar dengan konsep kebebasan bersuara,pihak PMRAM membuka seluas-luasnya kepada seluruh ahli PMRAM untuk memilih Badan Pengurus(BP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi 2012.